Thursday, November 1, 2012

Demo Sokong AES?.. Kaya sangat ka depa ni?


Meskipun kebanyakkan Ahli Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan namun begitu ada juga pihak yang menyokongnya hinggga mengadakan demonstrasi.

Berbekalkan satu banner dengan tulisan " BEBERAPA Kematian jalanraya sebelum Ketua Menteri bertindak demi nyawa rakyat Pulau Pinang?".. satu demonstrasi telah diadakan.

Demonstrasi membantah keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang yang membantah pemasangan AES di negeri Pulau Pinang ini telah diadakan tengahhari tadi 1.30pm 1/11/2012 .

Menurut laporan dari seorang Blogger dipercayai dari MIC kira-kira seramai 100 orang dari beberapa NGO di Pulau Pinang berkumpul untuk membantah keputusan Lim Guan Eng itu.

Mereka berkumpul secara aman di perkarangan Komtar , Pejabat Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.



Wakil dari NGO-NGO terbabit telah menyerahkan memorandum membantah tindakan Ketua Menteri tersebut.


Ini barulah dikatakan membangkang tak kena tempat.. orang ramai pakat bantah depa pulak pakat sokong.. apa kaya sangatka depa ni?

Nampak tak macam kaya pun.. atau depa ni semua hanya naik motorsikal.. bukan Hummer macam anak Menteri ni.. baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails