Sunday, November 11, 2012

Anne Ngasri bertunang dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO


Menurut laporan Berita Harian, hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti’nya masih di”rahsiakan.

“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja, cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” ujar Anne Ngasri.

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah,” tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama”

“Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini,” ujar beliau lagi.


Bagaimanapun menurut laman beutifulnara.com individu yang dimaksudkan ialah Mohd Sumali Reduan (kiri sekali dalam gambar di ats) Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

Tahniahlah ya.....  semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails