Monday, November 26, 2012

Ambiga cari pasal lagi!!


Kerana menganjurkan BERSIH, Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad telah menyarankan agar pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga digantung kerana menderhaka kononnya..

Bagaimanapun beliau kemudiannya menarik balik kenyataannya itu.. selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memohonnya menarik balik kenyataan itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras DATUK Wira Syed Ali Alhabshee pula menyifatkan pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sebagai manusia hipokrik dan hanya mementingkan agenda peribadi.

"Inilah sebenarnya manusia yang menceroboh privasi warga kota, malah sejak munculnya manusia jenis ini, keselesaan hidup rakyat terutama di Kuala Lumpur mula terganggu," tegasnya.

Malah kata Ketua UMNO Bahagian Cheras itu, pencerobohan terancang yang dilakukan Ambiga menerusi BERSIH 3.0 pada 28 April lalu boleh dianggap sebagai 'kurang ajar' dan amat biadap.

Kini.. Ambiga sekali lagi bakal mencetuskan kemarahan pencacai-pencacai UMNO bilamana beliau secara terbuka menggesa agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar menerima cabaran dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.


Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails