Wednesday, October 24, 2012

Wei!! Harussani hidup lagilah! tengok apa dia kata pasal Soi Lek ni..


Kat atas tu print screen dari Blog C++, dia kata Harussani dah meninggal sebabnya dah dua tiga minggu dia tak nampak Harussani dalam TV3.

"Biasanyer dier nih kedepan skit kalu ader orang dari Pakatan Rakyat yang terlepas cakap sikit pasai Islam.... tapi biler Chua Soi Lek dok hina Islam depan Najib Razak yang dok tersengeh memanjang masa perhimpunan MCA baru nih... tak terdengar pulak aper komen Harussani... maybe pasai Harussani dah meninggal kot...." tulis C++ .

Aku pun ingat macam tu juga maklumlah menyepi saja dia bila Presiden MCA mempermainkan dan memperlekehkan negara-negara Islam yang mengamalkan Hukum Hudud..

Alhamdulillah.. panjang lagi umur Mufti Perak ni rupanya.. bercakap juga dia pasal penghinaan terhadap hukum Islam oleh sekutu UMNO dalam Barisan Nasional ni..

Ini laporannya...

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara.

Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.

Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu,” katanya.

Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan ~ Sinar Harian

Siapa yang tak puas hati dengan apa yang ditulis oleh C++ dan nak hentam dia  tu sila ke ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails