Friday, October 12, 2012

Wah!! Macam Samseng lah Datuk Bandar nie...


Dalam drama Melayu dialog biasa yang sering kita dengar bila adanya babak samseng mengugut mangsa ialah antaranya "Nak serahkan duit atau nyawa".

Ada juga dialog yang berbunyi "Serahkan semua barang-barang berharga atau nyawa anda melayang..."

Baru-baru ini pula tersebar sebuah dialog yang baru, tetapi ianya bukanlah dari sebuah drama tetapi kisah nyata iaitu "Diam!.. Aku tumbuk kau kang!" ( baca di SINI ).

Ianya telah dihamburkan oleh seorang pemimpin tertinggi UMNO di sebuah negeri terhadap seorang rakyat.

Ini pula kisah mengenai budaya samseng yang menular dalam dalam organisasi kerajaan..

Menurut seorang Peguam yang mewakili penduduk Jalan Sultan, Datu Bandar Kuala Lumpur telah berkata kepadanya dalam satu pertemuan..‘Tandatangan atau tanah dirampas'.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.
Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.

“Kami rasa seolah-olah diketepikan,” kata Ngeow lagi.

Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila Menara Warisan Merdeka siap.

“Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka tidak menghubungi kami,” kata Ngeow lagi ~ The Malaysian Insider
Mungkin dia terpengaruh dengan adengan-adengan samseng dalam drama Melayu kot.. tapi mungkin juga dia terikut-ikut budaya samseng yang UMNO amalkan sekarang ini...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails