Wednesday, October 3, 2012

Wah!! Banyaknya duit depa... mai dari mana?


Sejumlah RM224,073 wang tunai telah dilaporkan dibawa oleh wakil Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang ke Komtar hari ini sebagai tanda setuju untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis.



Selain dari berapa buah rumah kos rendahkah yang boleh dibina di atas tanah seluas 0.445 hektar itu kini pula timbul persoalan dari manakah datangnya RM224,073 wang tunai tersebut?


Jika perkara ini iaitu membawa wang tunai sebegitu banyak dilakukan oleh Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat.. jangan kata pintu pejabat kerajaan negeri.. baru sampai ditangga Komtar pun dah kena serbu dengan SPRM..

Tapi dalam hal ini aku sokong Barisan Nasional dikekalkan sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini, kerana mereka jauh lebih prihatin akan nasib rakyat ketika menjadi Pembangkang berbanding ketika mereka berkuasa..

Mungkin kerana terlalu banyak masa terluang..

Tapi.. aku yakin bukan aku saja yang suka .. UMNO/BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini malah ramai pemimpin UMNO/BN juga begitu.. mahunya tak suka.. peruntukan melimpah ruah buat mereka...

Laporan berkaitan...

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah.
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.

"Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.

"Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Komtar hari ini.

Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.

Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.

"Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima," katanya.

Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang ~ Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails