Monday, October 22, 2012

Video Wanita ancam selak baju jika Penguatkuasa bertindak tersebar!


Wanita ini mungkin telah terperngaruh dengan Ketua Wanita UMNO yang dilaporkan telah menyingsing lengan dan mahu menyelak kain untuk menyerang Rafizi dalam Perhimpunan UMNO sikit masa dulu..

Tetapi apa yang dilakukannya adalah lebih extreem iaitu mengancam mahu menyelak bajunyajika pihak penguatkuasa meneruskan tindakan penguatkuasan mereka terhadapnya..

Berang dengan tindakan Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mahu merampas beberapa barang yang digunakan olehnya untuk menjalankan urut refleksoligi di Padang Kota Lama pemiliknya mengancam untuk menyelak bajunya..


Serti biasa..bila berlaku saja tindakan penguatkuasaan oleh baik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan pantas tanpa usul periksa pencacai-pencacai UMNO akan menuduh ini semua angkara Guan Eng yang mahu halau Melayu dari Pulau Pinang.

Hakikatnya penguatkuasaan biasanya dijalankan jika ada kesalahan yang dilakukan dan ada laporan telah dibuat terhadap peniaga tersebut.

Jika dikatakan ini adalah tidak adil bagi peniaga-peniaga yang disita barangannya itu.. adakah adil kepada peniaga yang berlesen jika pihak berkuasa membiarkan peniaga yang tidak berlesen ini menjalankan perniagaan mereka?

Kemusykilan aku dalam hal mengambil tindakan ini.. kenapa agaknya sejak akhir-akhir ini iaitu semakin hampir dengan Pilihanraya pihak MPPP dan MPSP semakin galak memberi notis untuk merobohkan premis yang tidak berlesen agaknya?

Ahli-ahli Majlis dari Pakatan Rakyat yang ada tu buat apa?.. takkan tak tau kot berapa ramai penyokong UMNO tegar yang ada dalam Unit Penguatkuasa tu..

Awat? hangpa nak tunggu jadi macam Kedah jugak ka?.. dah terhantuk baru terngadah.. dah tu tuding jari kesemua arah..

Salahkan orang lain.. padahal salah sendiri sebab dah tahu dia tu penyokong UMNO tegar.. tatang sebaik mungkin...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails