Friday, October 12, 2012

Video Wajib Tonton.. Protes terbuka terhadap UMNO/BN yang sangat berani oleh seorang Perempuan..

Mungkin ada antara kita pernah melihat gambar-gambar sebuah kereta Honda Accord yang dilekatkan dengan berbagai-bagai sticker yang memberitahu apa masaalah kereta yang baru diterima oleh pemiliknya itu.

Ianya dilakukan oleh pemilik kereta itu setelah rungutannya kepada wakil penjual kenderaan tersebut tidak dilayan dengan sebaiknya..

Gambar-gambar kereta itu aku cari tapi tak jumpa...

Ini pula juga tentang protes tetapi ianya bukan protes terhadap kenderaan baru yang bermasaalah tetapi protes terhadap Kerajaan UMNO/BN..

Dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina.


Wanita ini telah kelihatan di Mahkamah yang menjalankan perbicaraan kes Sharzat saman Rafizi dua hari yang lalu.

"BN memupuk samseng + mafianism!! Msia Musnah!" itu yang dilekatkan pada belakang bajunya sebagai protes terhadap BN..




 Dan di sebelah hadapannya pula tertera "Corrupted UMNO attacked Sultan's power in 80s - 90s. Who is traitor of Malays?"

Betullah apa yang dia lekatkan di bajunya itu.. dah memang itu hakikatnya..

Bagamanapun wanita ini yang kemudiannya bersiar-siar di PWTC telah diusir keluar dari bangunan itu oleh petugas-petugas yang dipercayai sebagai pencacai UMNO.

Malah anggota RELA juga mengheret wanita ini keluar dari bangunan itu, tindakan anggota RELA itu menimbulkan satu persoalan... tengok video di bawah ni.. dengar betul-betul..



Sejak bila Pegawai Penguatkuasa dari jantina lelaki dibenarkan memegangang disyaki atau yang dituduh dari jantina perempuan?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails