Friday, October 5, 2012

Video #TanyaNajib tidak terima 1,400 dislikes rupanya.. tapi...


Berdasarkan apa yang disiarkan oleh kebanyakkan blog Pro Pakatan Rakyat semalam, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon membuat kesimpulan bahawa kebanyakan orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri.

Ini berdasarkan jumlah‘dislike’ yang jauh melebihi ‘like’ pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout.

Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah ‘dislike’ penonton adalah 1,409 dan ‘like’ pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah ‘dislike’ adalah 1,774 berbanding ‘like’ sebanyak 90.

Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu telah dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.

Bagi menutup malu dan mengelakkan menerima jumlah 'dislike' yang lebih besar video di Youtube rasmi milik Najib itu diprivatekan - sila baca di ( SINI )

Dan sebagaimana yang telah dijangkakan video #TanyaNajib 2013 akan menerima jumlah 'dislike' yang semakin banyak jika ianya tidak diprivatekan..

Ianya terbukti benar..lihatlah printscreen di bawah..


Kalau 1,774 ‘dislikes’ dikatakan ditolak golongan muda.. tapi 11,131 ni kita nak kata apa pulak?..

Mungkin ditendang lebih sesuai kot??

Tunjukkanlah sokongan korang kepada Najib dengan mengundi video ini di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails