Monday, October 15, 2012

UMNO laksana projek 'Tanah Perkuburan Mega' RM31 Juta di Johor.. nak kuburkan siapa agaknya?


Projek tanah Perkuburan Mega yang menelan belanja RM31 Juta dan mempunyai keluasan tanah perkuburan seluas 80 ekar ini turut dipertikaikan oleh AJK UMNO Bahagian Pengerang.

Menurutnya tiada keperluan untuk Petronas membiayai projek tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong.

“Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan.” katanya..

Satu projek perkuburan mega membabitkan kawasan seluas lebih 80 ekar dengan kos RM31 juta sedang dilaksanakan di Kampung Pungai, Pengerang di Johor.

Bagaimanapun, penduduk kampung membantah dan tidak gembira dengan projek perkuburan mega yang didakwa dibiayai Petronas itu.

“Kerja-kerja menambak tanah sudah bermula sejak sebulan lalu tetapi projek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung ini.

“Apa perlunya sebesar ini? Mengapa dibuat di tanah lapang? Kenapa tidak dibuat di atas tanah bukit di kawasan berhampiran,?” tanya ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang.

“Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan.” katanya dengan nada kecewa.

Menurut Isa tidak ada keperluan untuk Petronas membina tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong.

“Sejak seratus tahun, masih banyak kawasan kosong di atas tanah perkuburan ini,” kata beliau lagi. Kampung Pungai tidak terbabit dengan projek petrokimia dan hanya mempunyai kira-kira 200 buah rumah.

Isa yang tidak gembira dengan projek berukuran mega itu berkata, sepatutnya tanah perkuburan itu digunakan untuk projek perumahan untuk pemindahan projek RAPID.

“Lebih baik tanah kubur dibuat di kawasan bukit di kampung ini juga,” katanya lagi ~ Free Malaysia Today

Betul kata dia tu.. untuk apa sebenarnya tanah Perkuburan Mega ini?.. takkan lah nak dikuburkan UMNO ditanah perkuburan tu kot.. luas sangat tu..

Apa yang tersirat sebenarnya ialah biarpun projek itu dikatakan tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat yang penting ada pihak mengaut untung dari komisyen..

Mamat AJK UMNO tu bising pun sebab dia tak masyuklah tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails