Saturday, October 20, 2012

Ulasan Fathul Bari bila Chua Soi Lek hina Hudud..


Bodoh atau apa dia ni?.. yang jelas menghina dan mempermainkan hukum Hudud baru-baru ini ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Tetapi Ulama yang mencari makan dengan UMNO ini tidak mahu membidas Presiden MCA itu tetapi mempersoalkan pula kenapa PAS masih bersama DAP yang tolak Islam?

SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan  bahan untuk dipolitikkan.

“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.

“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.

Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.

Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.

“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama.

“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.

Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.

Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain ~ Sinar Harian

Sedikitpun dia tak berani nak kritik Chua Soi Lek.. kenapa?

Bila rezeki dianggap datangnya dari UMNO inilah jadinya.. nak bercakap tentang apa yang benarpun takut kehilangan punca rezeki....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails