Sunday, October 28, 2012

Tak dapat bas Jelajah Merdeka Rakyat.. Banner pun jadilah..


Tak dapat tanduk telinga dipulas, itu adalah ungkapan atau pepatah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan banner di atas yang menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO.

Mungkin kerana budget untuk membiayai kerja-kerja haram jadah mereka semakin kecil sekarang ini, mereka tidak lagi mampu untuk membeli cat merah bagi digunakan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.


Selain itu tindakan mereka ini dipercayai juga adalah sebagai membalas dendam bilamana mereka telah gagal untuk membaling cat merah terhadap jet peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini..

Oleh itu  dengan berbekalkan pisau lipat berharga 20 sen, Banner hebahan Jelajah Merdeka Rakyat menjadi mangsa keganasan mereka.

Banner yang digantung di persimpangan sebuah jalan menghala ke Pekan Sungai Besi ini telah didapati menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO petang tadi.

Program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan tiba di Pekan Sungai Besi jam 10.00 pagi 28 Oktober ini.

Turut menyertai jelajah itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan lain.

Berikut ialah jaduah jelajah itu:

10 pagi: Pekan Sungai Besi, bersebelahan Balai Polis Sungai Besi.

12.30 tengah hari: Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang

3.00 petang: Padang Sepaktakraw, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

5.00 petang: Felda Sungai Tengi Selatan

7.00 malam: Solat & tazkirah Maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

9 hingga 10 malam: Pekan Rasa

9 hingga 12 tengah malam: Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor. Penceramah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan N Surendran.

Sumber gambar datangnya dari sini ( Batu vs Kayu )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails