Saturday, October 27, 2012

Selangor jual aset PKNS? Mudahnya Ketua Puteri UMNO ni diperbodohkan oleh Noh Omar..


"Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" tanya Ketua Puteri UMNO.

Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

"Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah Ketua Puteri UMNO.

Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh Ketua Puteri UMNO ini hanyalah kesinambungan dari apa yang Noh Omar persoalkan beberapa hari lalu.

Ketua Puteri UMNO itu mempersoalkan kerana beliau telah terpedaya dengan cerita yang Noh Omar bawa iaitu Lembaga Pengarah PKNS telah memutuskan untuk menjual 5 aset komersil miliknya.

Tindakan Noh itu jelas merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin malah bersikap penipu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Namun sebaliknya, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak pernah dijual kepada pihak luar.

Bagi pemain industri dibahagian korporat melihat indakan Noh Omar ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan ‘ignorance’ Noh dalam hal-hal ekonomi dan perniagaan.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS.

Kesemua ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki.

Oleh itu dalam hal ini apa yang jelas ialah Ketua Puteri UMNO ini telah menjadi mangsa pembodohan oleh Noh Omar..

Kerana telah diperbodohkan oleh Noh Omar tanpa usul periksa beliau pula terus mencabar Tan Sri Khalid memberikan jawapan..


* Jawapan bagi persoalan oleh Ketua Puteri UMNO ini telah dibekalkan oleh  KLDaily.. lagi info berkenaan sila lihat di sini ( KLDaily ) *

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails