Wednesday, October 31, 2012

Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov sebab penganjur isi borang tak ikut peruntukan?


Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pada 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka ialah himpunan tersebut akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum itu menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.. kalau dah lupa sila baca di ( SINI )

Nampaknya untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 3 November ini di Negeri Sembilan pula satu lagi sebab yang tidak munasabah diberikan oleh pihak Polis.

Sebabnya ialah pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki...

SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.

"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini ~ Sinar Harian

Kalau dah salah isi borang kenapa tak tolong dibetulkan? Apa susah sangat ke nak tolong betulkan?

Sikap double standard pihak Polis sekali lagi terserlah dalam hal ini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails