Tuesday, October 2, 2012

Perkara yang akan berlaku di US, tapi tak akan berlaku di Malaysia antara Najib dan Anwar..


Gambar Najib dan Anwar sedang minum teh di atas bukanlah satu perkara yang baru buat pelayar-pelayar internet.

Ianya adalah gambar asal dan bukan dihasilkan secara 'photoshop' oleh media yang menyiarkannya.

Walaupun ramai rakyat Malaysia menerima dengan baik persepsi positif yang cuba ditimbulkan oleh penerbitan berkenaan, sebenarnya ianya bukanlah apa yang diharapkan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Aku yakin ramai rakyat Malaysia mengharapkan apa yang bakal terjadi di US ini akan juga berlaku di Malaysia...


Meskipun.. Melalui media tunggangan UMNO/BN, Najib digambarkan gagah dalam menyerang Anwar dimana beliau telah berkata bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung.

Malah Najib juga menyerang 'Buku Jingga'semasa majlis anjuran parti Gerakan dan dengan berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.

Ketidakhadiran Najib dalam Parlimen semalam bagi mempertahankan Belanjawan yang telah dibentangnya jumaat lalu.. membuktikan Najib tidak berkeupayaan untuk menangkis hujah Anwar..

Dan perkara yang bakal terjadi di US itu iaitu debat antara dua pemimpin utama parti politik pasti tidak akan terjadi di Malaysia...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails