Friday, October 12, 2012

Pencacai UMNO Penang ni dah kehabisan 'Cat Merah' ke?


Sebelum ini cat merah sering digunakan oleh pencacai-pencacai UMNO untuk melakukan vandalisma terhadap apa saja yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat baik ianya bas mahupun bangunan, kini cat hitam pula digunakan mereka.

Samada mereka sudah menukar strategi atau sudah kehabisan stok cat merah ataupun mungkin juga bekalan cat merah tersebut disimpan untuk digunakan terhadap Bas Jelajah Merdeka Rakyat, Ahad ini hanya mereka yang tahu..

Untuk makluman Ahad ini 14 Oktober, Bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim akan berada di Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal dari jam 12.00 hingga 1.45 Tengahari.

Terbaru di Pulau Pinang di kawasan Parlimen Nibong Tebal 'billboard' penerangan mengenai beberapa isu oleh Pakatan Rakyat menjadi mangsa vandalisma pencacai UMNO..

Menurut Ketua AMK Nibong Tebal, Saudara Arof Yahya 4 'billboard' besar ini telah dinaikkan disekitar N.Tebal malangnya dua 'billboard' telah dirosakkan dan ada yang hilang dicuri.


Antara 'Billboard' yang didirikan sebelum ini.
  Ini Kenyataan dari Saudara Arof, Ketua AMK Nibong Tebal..

Umno Pulau Pinang Baling Batu Sembunyi Tangan.

Membaca kenyataan Datuk Zainal Abidin Osman yang menyalahkan kerajaan negeri kononya meniup api kebencian sehingga menimbulkan suasana kurang senang dikalangan rakyat negeri Pulau Pinang. Zainal yang merupakan Pengerusi Umno Pulau Pinang yang juga Ketua Umno N.Tebal mengatakan kempen seharusnya mempromosi polisi, tawaran untuk rakyat dan seumpamanya.

Memang sedap bunyinya tetapi itulah dia pemimpin Umno berimej ular dua kepala dan cukup hiprokrit. Ambil sahaja siri ucapan dia sendiri adakah dia berucap dalam kerangka manual politik yang dia sebutkan tersebut ? Malah dikawasan dia sendiri Nibong Tebal politik tidak bertamadun dimainkan. Fitnah bertaburan maka Angkatan Muda PKR N.Tebal mengambil langkah mendirikan beberapa 'billboard' bagi menerangkan beberapa isu secara tidak langsung menangkis fitnah Umno N.Tebal yang dipengerusikan Zainal.

Antara isu yang dinaikkan di 'billboard' tersebut ialah peruntukan pembangunan Agama Islam yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Sudah ada 4 'billboard' besar ini dinaikkan disekitar N.Tebal. Mungkin cemas dengan fitnah mereka dijawab secara fakta yang jelas dan dapat dilihat oleh hampir semua pengundi maka dua 'billboard' dirosakkan dan ada yang terus hilang dicuri.

Jelas kerja ini dibuat oleh golongan yang bacul dan tidak berani untuk berdepat politik baru berasaskan fakta dan berlawan tawaran polisi. Mereka yang terus bermain politik perkauman , adu domba, fitnah peribadi tentu kepanasan apabila diajak bermain lapang politik baru.

AMK N.Tebal dengan ini mengecam tindakan bacul ini dan menegaskan tidak akan kecewa dan teralih fokus untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat N.Tebal untuk mempertahankan kemenangan 'rakyat' di N.Tebal malah bukan itu sahaja turut bertekad untuk mendapatkan kemenangan ke atas ke tiga - tiga DUN dibawah N.Tebal.

Kesempatan ini juga AMK N.Tebal menjemput semua untuk bersama dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat (Jamuan Rakyat) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Oktober 2012, 11.45 pagi di Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara, N.Tebal.

Sekian.













Arof Yahya Ketua
Angkatan Muda Keadilan N.Tebal

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails