Wednesday, October 31, 2012

Patutlah Genneva Malaysia diserbu.. dah banyak pelaburan rupanya..


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) awal Oktober lalu telah menyatakan sebab serbuan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Sebab serbuan dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya ialah kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Turut serta dalam serbuan itu ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Beberapa hari kemudian Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam satu kenyataannya mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.

Dan keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Berikutan serbuan itu kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung perkara itu.

“Kami tampil kerana para pelabur ini adalah dikategorikan sebagai pelabur yang jujur, ataupun dikenali dalam istilah undang-undang sebagai pelabur bona-fide,” katanya.

“Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya,” kata salah seorang pelabur.

Apa yang menariknya dalam hal serbuan ini.. ia adalah sama dengan apa yang telah diperlakukan oleh pihak Bank Negara Malaysia terhadap beberapa syarikat pelaburan yang lebih dikenali dengan 'Skim Cepat Kaya' sebelum ini.

Setelah bertahun-tahun beroperasi dan dana yang dikumpul mencecah puluhan juta RM maka Syarikat tersebut akan diserbu pihak berkuasa.

Meskipun ada aduan telah dilakukan pada awal syarikat ditubuhkan, namun ianya memakan masa bertahun untuk diambil tindakan.

Adakah kerana ianya tidak diserbu pada peringkat awal penubuhannya kerana jumlah dana yang dikumpul adalah sedikit dan tidak menguntungkan Kerajaan UMNO/BN?

Contoh terbaik ialah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo dan Pertubuhan Al-Arqam.. jumlah dana dan asset yang dikumpul mereka aku dah lupa..

Bagi Genneva Malaysia Sdn Bhd sehingga tarikh syarikat tersebut diserbu pelaburnya telah mencecah 35,000 orang dan Jumlah pelaburan adalah RM10 Billion...


Laporan penuh sila baca di The Malaysian Insider
 RM10 Billion tu.. dah banyak sangat tu... cukuplah untuk dana pilihanraya UMNO/BN agaknya..

Dan berikut adalah penafian dari Genneva Malaysia Sdn Bhd mengenai tuduhan pihak berkuasa itu..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails