Wednesday, October 3, 2012

Kos Perkahwinan anak lelaki Ali Rustam didedah!!


Inilah yang dikatakan sebagai murah oleh seorang pemimpin UMNO!!  RM600,000 belanja untuk sebuah Majlis Perkahwinan anak lelakinya dianggap sebagai murah...

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu.

Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang.

Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, “mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung.

“Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham.”

Sementara itu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka mempersoalkan dakwaan pegawai khas ketua menteri (KM)  Melaka itu, Datuk M S Mahadevan bahawa perkahwinan anak lelaki anak Mohd Ali ditaja.

Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka itu diperolehi secara percuma.

“Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.

“Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya,” kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew meminta Mohd Ali supaya mendedahkan secara terperinci pihak-pihak yang memberi tajaan majlis perkahwinan anak beliau.

“Ketua Menteri perlu mendedahkan siapa yang memberikan tajaan kepada perkahwinan anak beliau.

“Beliau harus telus, kita juga mahu tahu mengapa mereka menaja perkahwinan anak Mohd Ali,” kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Adun Kota Laksamana itu turut mengatakan Mohd Ali kini lebih popular dariapada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkahwinan anaknya dihadiri seramai 130,000 orang.

“Rumah terbuka perdana menteri hanya  100,000 orang datang.

“Rumah ketua menteri 130,000 orang datang, maknanya ketua menteri lebih popular daripada Najib,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Asyraf Mukhlis Minghat pula mempertikaikan tentang penggunaan harta kerajaan dari majlis kerajaan tempatan oleh Mohd Ali dalam majlis perkahwinan anaknya

“Kita dapat maklumat dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, peralatan logistik seperti khemah, kerusi dan banyak lagi diambil dari kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

“Ini adalah satu kesalahan kerana menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider di laman sosial Facebook dan Twitter juga mendapati isu majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang memecahkan rekod Malaysian Book of Record kerana dihadiri oleh lebih 130,000 orang juga menjadi bahan kutukan rata-rata penyokong dan simpatisan PR.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Abu Nawas tidak dapat menyembunyikan kemarahannya tentang isu perkahwinan anak Mohd Ali dengan mengatakan,”Seramai 130 ribu yang hadir ke majlis perkahwinan anak ketua Menteri Melaka berapa ramaikah yang makan di meja VVIP, berapa ramaikah yang makan di meja VIP dan berapa ramaikah pula yang makan di meja anjing dan kucing dengan menggunakan pingan polyform?

Harap2 semua 130 ribu tetamu yang hadir di layan sama rata tak kira yg miskin atau yang kaya yang ternama atau tidak bernama. Harap tidak tidak ada orang miskin yang hadir makan menggunakan pinggan pinggan anjing dan kucing.”

“TERDEDAH: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) digunakan untuk menaja perkahwinan anak Ketua Menteri, Ali Rustam yang memakan belanja jutaan ringgit. Duit rakyat diseleweng untuk kegunaan majlis peribadi pemimpin Umno!” tulis Zunar Kartunis di Facebook.

Di laman Twitter pula pengguna yang menggunakan akaun @safibnrahman menulis, “Majlis perkahwinan anak Ali Rustam di anggarkan RM3 juta. Ingat kawan-kawan. Ini hasil menabung. Jom menabung. Ptuih!”

“KHAMIS 4 OKT 11am SPRM Melaka-Pimpinan Pakatan Rakyat Melaka diketuai SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka aduan siasat ‘majlis’ Ali Rustam,” tulis @rozanazen.


~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails