Thursday, October 11, 2012

Najib bertemu Soros.. Apa kata pencacai UMNO?


Setelah beberapa hari pencacai-pencacai UMNO menggunakan nama George Soros untuk mengecam Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripadanya tiba-tiba hari ini mereka terkedu..

Ini berikutan pendedahan minggu lepas oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA yang disahkan oleh Malaysiakini yang mendapat pengesahan pertemuan Najib-Soros dari satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Berikut adalah kenyataan dari pencacai-pencacai UMNO yang telah menanggung kemaluan yang besar kerana disebabkan kebodohan mereka sendiri.. Soros yang diburuk-burukkan oleh mereka sebenarnya telah ditemui oleh Najib dan Rosmah pada tahun 2010 - sila baca di ( SINI )

Beberapa pemimpin NGO hari ini enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.

Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara umumnya, semua fakta ini datang daripada blog bahawa Soros tidak mesra dengan kita, tetapi mesra dengan pembangkang

"Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi dan tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, MPM juga akan terus mempertahankan Najib, institusi demokratik dan instusi raja. "Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan.

"Kami tidak mahu campurtangan daripada mana-mana pihak," katanya lagi dalam sidang media berhubung tindakan NGO Suaram yang menimbulkan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Begitu juga reaksi beberapa NGO lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Kelab Wartawan Muda Malaysia.

Pemimpin NGO tersebut berkata mereka masih belum membaca laporan berkenaan ~ Malaysiakini

Sungguh MEMALUKAN!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails