Sunday, October 21, 2012

Le Tour de Scorpene kini bermula...


Secara rasminya siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene ini telah dilancarkan di Yayasan Aman, Penanti oleh Datuk Halim, Speaker DUN Pulau Pinang tengahhari tadi.

Taklimat tertutup yang telah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 85 orang peserta yang komited untuk membantu menenerangkan apa sebenarnya yang berlaku dalam Skandal ini kepada seluruh rakyat yang berada di kawasan Utara Semenanjung.

Sekurang-kurangnya 200 penceramah disasarkan bagi menyampaikan penerangan mengenai skandal ini kepada rakyat diseluruh negara.

Jelajah Nasional Skandal Scorpene yang digerakkan  oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) di bawah pimpinan Chegu Bard ini akan turut di bantu sepenuhnya oleh wakil dari SUARAM.

Dalam pelancaran ini Cyntia Gabriel dari SUARAM telah memberikan penerangan secara terperinci.


Peserta yang hadir telah dibekalkan dengan kit penerangan tentang isu yang melibatkan hampir RM500 Juta wang rakyat yang digunakan untuk membayar komisyen kepada syarikat milik rakan Najib iaitu Razak Baginda, Perimekar.

Antara apa yang di jelaskan dan diperincikan dalam taklimat tertutup ini ialah:

1-Kertas siasatan mengesahkan pembayaran komisyen haram berjumlah RM500Juta.

2-Dua Syarikat dari Malaysia, Perimekar dan Terasasi yang mempunyai kaitan dengan Abdul Razak Baginda dan sekutunya telah ditubuhkan semata-mata untuk menerima pembayaran komisyen ini.

3-DS Najib Tun Razak telah bersetuju untuk bertemu dengan DCNI di Perancis pada 14 Julai 2011 hanya jika DCNI sanggup menampung segala perbelanjaan PERIMEKAR di Paris berjumlah sehingga USD1 Billion.

4-Selain dari beberapa individu terpilih, Parti komponen BN iaitu UMNO juga didakwa menerima habuan terbesar dalam sebarang kontrak pembekalan Kerajaan termasuklah alatan pertahanan.

5-Bekas Pengarah Kewangan DCNS International, Gerarde Maneyas telah membayar wang rasuah berjumlah 32 Juta Euro kepada pegawai-pegawai atasan Malaysia.

6-Satu dokumen rahsia ketenteraan negara Malaysia telah dijual kepada Syarikat DCNS International dengan harga 36 Juta Euro dan dokumen ini telah di temui oleh pasukan Polis Perancis di syarikat Thales International yang merupakan anak syarikat DCNS International.

Faktor-faktor di atas telah menyebabkan meskipun cubaan membangkitkan isu pembayaran komisyen ini di Parlimen dan laporan demi laporann kepada badan-badan yang bertanggungjawab gagal mendapat jawapan yang sewajarnya daripada Kerajaan Malaysia.

Malahan tiada tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka, seolah-olah merekalah Raja di negara ini..
 
Isu yang membabitkan Altantuya akan disentuh oleh Chegu Bard dalam siri-siri ceramah Jelajah Nasional Skandal Scorpene.. ceramah kat mana? sila tengok image di atas...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails