Friday, October 26, 2012

Ini kamera AES untuk Jet yang Anwar naik ke?


Kalau dua atau tiga hari lepas Sebuah kamera AES (Automated Enforcement System) dilaporkan tumbang setelah dilanggar seorang pemandu yang terkejut akan silauan flash kamera tersebut.. ini pula mengenai sebuah lagi AES.

Menariknya hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba saja kamera yang ditempatkan di salah satu lokasi di sepanjang lebuhraya menghala ke Utara Semenanjung dirakamkan dalam keadaan hampir rebah.

Gambar di atas berjaya dirakamkan oleh salah seorang rakan Pulakdah yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Pulakdah yang melapukan di (SINI ) ada kemungkinan ia dilanggar ataupun dijatuhkan oleh pengguna jalan raya yang tidak puas hati setelah gambar mereka melakukan kesalahan diambil.

Tapi bagi aku.. ini adalah lumrah bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Kroni-kroni UMNO samada ianya retak, tumbang atau runtuh ia adalah perkara biasa..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails