Thursday, October 4, 2012

Ito Blues Gang seru artis sokong Konsert Bersih


Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama Duduk Bantah pada 28 April 2012 jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat.

8 tuntutan BERSIH 2.0 dan 22 cadangan dari laporan JawatankuasaPilihan Khas Parlimen (PSC) masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Justeru itu BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober di Stadium Kelana Jaya. Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang 8 tuntutan BERSIH yang masih belum ditunaikan.


Hari ini lagenda Blues negara, Ito yang terkenal dengan kumpulannya Blues menyeru golongan artis untuk menyokong konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 13 Oktober akan datang...

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Lagenda Blues negara, Ito yang terkenal dengan kumpulannya Blues menyeru golongan artis untuk menyokong konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 13 Oktober akan datang.

Ito atau nama sebenarnya Ito Mohd menegaskan bahawa beliau sememangnya menyokong lapan tuntutan Bersih kearah pilihan raya bebas dan adil dan menyeru lebih ramai artis mengambil bahagian menyokong agenda Bersih.

“Kenapa ramai artis tidak kehadapan? “Sepatutnya benda-benda macam ini, lebih ramai artis kehadapan.

“Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini,” kata beliau dalam sidang media Bersih hari ini.

Menurut Ito lagi, tidak salah untuk beliau bersama konsert anjuran Bersih kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini beliau telah terlibat dengan konsert anjuran kerajaan.

“Saya orang Malaysia, Peminat saya semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja parti politik,” katanya lagi.

Selain Ito, kumpulan Republic of Brickfields, Nik Bin Jidan, Ray Cheong dan Julian Mokhtar akan turut memeriahkan konsert anjuran Bersih bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenuhi lapan tuntutan badan bukan kerajaan tersebut.

Menurut Maria Chin Abdullah, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut, Bersih menganjurkan konsert ini untuk menarik lebih ramai anak muda dan golongan seniman serta artis untuk bersama menyokong tuntutan agar pilihan raya dilaksanakan secara bebas dan adil.

“NGO-NGO akan melakukan aktiviti mereka pada konsert ini. “Ada juga acara seperti belajar melukis kartun yang akan dikendalikan oleh kartunis terkemuka Zunar,” katanya ~ The Malaysian Insider

Ada pencacai UMNO kata ini adalah Konsert Maksiat "Bersih 2.0" Terbesar..

Maksiatlah kan sebab ianya bukan dianjurkan oleh NGO yang menyokong UMNO.. kalau dianjurkan oleh NGO mesra UMNO apapun boleh..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails