Wednesday, October 10, 2012

Gambar Tamrin bertukar menjadi babi disebar!!

Ini adalah poster yang disebarkan di Melaka, poster ini telah di kesan di kawasan sekitar Bukit Katil.

Poster yang tertera perkataan yang kurang ajar ini memburuk-burukkan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghaffar Baba.

Gambar yang telah di edit menyerupai khinzir dan tertulis dengan perkataan yang kesat merupakan penghinaan yang keterlaluan.

Menurut salah seorang penduduk di sekitar Bukit Katil, beliau menjumpai gambar tersebut di dalam motosikal selepas daripada kuliah subuh di sebuah surau.

Penghinaan ini dipercayai dilakukan kerana perasaan tidak berpuashati dengan tindakan Tamrin yang telah keluar daripada Umno.

Tamrin juga menyeru masyarakat di Melaka meninggalkan Umno kerana sudah tidak relevan kepada orang Melayu. Umno hanya memperjuangkan temolok kroni-kroni mereka sahaja.

Kerja siapa agaknya ya??


~ Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails