Monday, October 29, 2012
Chua Soi Lek menghina Hudud.. Apa kata Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang?
Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.
Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya.
Disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO.
Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.
Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.
Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.
Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.
Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir.
Perkataan “Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain.
Hudud tidak boleh dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang PAS”. Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu.
Allah berfirman yang maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya.
Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.
Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.
Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.
Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud.
Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.
Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam. PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam.
PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi.
Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.
Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya. PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.
Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.
Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.
Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS
Chua Soi Lek menghina Hudud.. Apa kata Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang?
2012-10-29T18:51:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Hudud|MCA|PAS|UMNO|
Archive
-
▼
2012
(1782)
-
▼
October
(117)
- Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ?.. siapa benarka...
- Runtuh lagi!! Kali ini siling Kompleks Klinik Paka...
- Patutlah Genneva Malaysia diserbu.. dah banyak pel...
- Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov sebab penganjur ...
- Pemuda UMNO sokong langkah tangguh pasang AES oleh...
- Samy Vellu dan MIC serta Barisan Nasional Selangor...
- Berita tentang AES yang menyakitkan hati Kroni Naj...
- Felda Oil Products tergadai jua akhirnya..
- Ceh!! Fathul Bari sokong Chua Soi Lek rupanya.. (V...
- “Indonesia maids now on SALE”? .. siapa buat iklan...
- Chua Soi Lek menghina Hudud.. Apa kata Presiden PA...
- Hadirin keluar beramai-ramai ketika Chua Soi Lek b...
- Ketua Menteri Sarawak ditendang isterinya dikhalay...
- Polis lari bila Pencacai UMNO mulakan provokasi?
- Alamak!! Pencacai UMNO nak lontar cat warna apa pu...
- Alahaiii.. banyak ni saja samseng UMNO ambil upah ...
- Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, caba...
- Naib Canselor UiTM benarkan PERKASA kempen untuk U...
- Tak dapat bas Jelajah Merdeka Rakyat.. Banner pun ...
- Selangor jual aset PKNS? Mudahnya Ketua Puteri UMN...
- Van Skuad Sayang Wanita UMNO diconteng perkataan S...
- Dei Samy!! Sendiri Lulus.. sendiri bantah ka?
- Ini kamera AES untuk Jet yang Anwar naik ke?
- UMNO Kangar label Shahrizat sebagai Lembu?
- Bukti anak Jamaluddin Jarjis kuasai Malindo Airway...
- Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh lagi
- Wang Pampasan Buruh Paksa, dah diguna UMNO untuk t...
- Wei!! Harussani hidup lagilah! tengok apa dia kata...
- Video Ust. Fathul Bari belasah Soi Lek yang persen...
- Scandal Scorpene: Di India Rs500 Crore rasuah , di...
- Dalang pertemuan Najib dan Soros terdedah!!
- Borang kaji selidik yang akan membuatkan Najib ter...
- Skandal rembat tanah oleh MB N Sembilan pula di bo...
- Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta ...
- Video Wanita ancam selak baju jika Penguatkuasa be...
- Pelumba Negara, Zulfahmi terjun dari podium lari d...
- Najib!! RM207 Billion ni dah hilang kemana?
- Aku Sokong PERKASA!!
- Ada tak Najib umumkan perkara ni dalam Budget 2013...
- Le Tour de Scorpene kini bermula...
- UMNO perjuangkan Bangsa Melayu? Betul ke?.. cuba t...
- Ulasan Fathul Bari bila Chua Soi Lek hina Hudud..
- Rakyat akan hilang kerja jika hudud dilaksa telah ...
- Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jin...
- UMNO tipu kami untuk adakan demonstrasi ini...
- Video MB Pahang Cabar Orang Asal Bergaduh Tersebar...
- RAIS YATIM!! Ini rumah SIAPA ???
- Kesian kat Wartawan Utusan ni.. dia tanya Guan Eng...
- Anwar buka peluang kepada Pencacai UMNO jana penda...
- Ahli-ahli UMNO mula memenuhi jawatan dalam SPR?
- Zahid Hamidi! Tanah TUDM ni hang sewakan kepada si...
- Pencacai UMNO kata tiada perbicaraan Scorpene di P...
- Malu weh!! Berita Harian dikantoikan oleh Wakil PB...
- Wah!! Banyaknya gaji CEO Tabung Haji nie... tengok...
- GEMPAR!! Lokman Nor Adam bercakap dengan kerusi di...
- RM207 Billion pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun pun...
- RM2 Juta dah habis.. Dia kata TG Nik Aziz nyanyuk ...
- Siling Lapangan Terbang runtuh.. Kroni siapa punya...
- Video Najib dimalukan oleh budak Sekolah tersebar!...
- Bukti Tan Sri Khalid gagal mentadbir Selangor dide...
- Laporan-laporan Audit yang mendedahkan betapa heba...
- UMNO laksana projek 'Tanah Perkuburan Mega' RM31 J...
- PANAS!! Pemimpin UMNO Negeri Sembilan sokong MCA t...
- Pendalaman Sabah.. dulu KUBU kini KUBUR buat BN..
- Video seks pemimpin PR Perak akan disebar oleh blo...
- Dalang bagi isu Soros dan Pakatan Rakyat akhirnya ...
- Bukan perjumpaan biasa tapi Najib lakukan 'Kunjung...
- Najib mengaku beliau berjumpa Soros... apa pencaca...
- Apa dah jadi dengan Anwar di Sabah nie?? (Video In...
- Pencacai UMNO Penang ni dah kehabisan 'Cat Merah' ...
- Wah!! Macam Samseng lah Datuk Bandar nie...
- Video Wajib Tonton.. Protes terbuka terhadap UMNO/...
- Betul ke RM40J wang seludup itu untuk Umno Sabah, ...
- Najib bertemu Soros.. Apa kata pencacai UMNO?
- Pertemuan Najib dan Soros didedah!!
- Najib semakin gelabah.. Anwar ke Sabah.. Najib tur...
- Tengok gambar ni! apa Najib dah buat nih??
- Hutang TALAM.. Jangan biarkan diri anda menjadi ma...
- Gambar Tamrin bertukar menjadi babi disebar!!
- Mak Aih!! Garangnya MB Negeri Sembilan ni..
- Mat Sabu dipukul semasa makan nasi kandar?.. Penca...
- 200 Peniaga Melayu di Uptown Bandar Perda diarah h...
- Bravo CheguBard!! Aku Sokong kenyataan ini!!
- Najib akan laksana GST dalam masa terdekat?
- APA?? Noh Omar anugerah tender RM164.8Juta kepada ...
- Tiada perbicaraan berhubung Scorpene di Perancis?....
- Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pe...
- Reuters dedahkan Mahathir beri IC kepada PATI untu...
- BBC News turut promosikan Majlis Kahwin anak Ali R...
- Kes Culik : Seorang pemimpin Parti Politik ditahan...
- Kereta Ketua Pemuda BN P Pinang disimbah cat?.. la...
- Malaysia Pakar Perangi Rasuah?.. Betul ke ni?
- Bodohnya Propaganda Pemimpin Agong UMNO nie...
- Patutlah Anwar ke Paris ketika belanjawan dibahas...
- Wah!! Macam Zionist lah UMNO Terengganu ni... teng...
- NGO buat laporan polis terhadap Anwar sebab nak ba...
- PANAS!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO (Video...
- Video Azalina Othman mengamuk dalam dewan tersebar...
- Video #TanyaNajib tidak terima 1,400 dislikes rupa...
- Chua Jui Meng dedahkan pemimpin UMNO rampas 22,500...
- Ito Blues Gang seru artis sokong Konsert Bersih
- Ibrahim Ali kata Najib bukan penakut tapi Anwar..
- Notis mesyuarat persiapan majlis kahwin anak Ali R...
- Akhirnya.. ada juga yang termakan hasutan NGO mesr...
- Gara-gara lebih banyak 'dislikes' dari 'likes' dit...
- Kos Perkahwinan anak lelaki Ali Rustam didedah!!
- Wah!! Banyaknya duit depa... mai dari mana?
- Ali Rustam kata Majlis Perkahwinan anaknya itu mur...
- Siapa lantik Zamil jadi jurucakap PKR Pulau Pinang...
- #TanyaNajib Bajet 2013 .. Soalan-soalan yang Najib...
- Kerana pertahan Rapid di Pengerang, Azalina ditola...
- Perkara yang akan berlaku di US, tapi tak akan ber...
- Rebat Smartphone satu langkah bodoh oleh Najib kat...
- Video Anwar Ibrahim membahaskan Belanjawan Najib
- Laaa... Pengecut rupanya Najib ni..
- Terdesak nak kekal berkuasa, UMNO/BN jual MyKad, R...
- Gambar Najib dipijak lagi dengan selambanya oleh P...
-
▼
October
(117)

