Sunday, October 7, 2012

Bodohnya Propaganda Pemimpin Agong UMNO nie...


Sambil menipu Mahathir sekali lagi cuba menakut-nakutkan orang Melayu.. katanya Undi kepada Pakatan Rakyat berkemungkinan adalah undi untuk George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula..

Propaganda ini telah dilabelkan oleh Zaid Ibrahim sebagai satu propaganda bodoh oleh Mahathir.

Ini kerana menurut Zaid Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Twitter miliknya @zaidibrahim.. beliau menulis "Malays must be really stupid to believe the Jewish conspiracy to install puppet PM"..

Atau dalam Bahasa Malaysia "Melayu mesti benar-benar bodoh untuk percaya akan Konspirasi Yahudi untuk melantik seorang Perdana Menteri boneka".. ~ sila lihat di ( SINI )

Hakikatnya memang akan ada Melayu yang akan mempercayai kata-kata Mahathir itu ini disebabkan mereka telah menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO.. dan kebanyakkannya mereka adalah pencacai-pencacai UMNO.. he..he..

Undi kepada Pakatan seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama ‘masyarakat sivil’ serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.

“Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.

“Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.

“Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing,” kata Dr Mahathir dalam akhbar yang dikawal Umno tersebut. PM negara yang paling lama menguasai negara tersebut juga mendakwa Soros dikenali sebagai penyumbang dana kepada Open Society Georgia Foundation yang secara langsung mendorong perlantikan sembilan menteri yang disokong oleh spekulator tersebut untuk menjadi ahli dalam kerajaan Georgia ketika ini.

“Jadi mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah NGO di Malaysia.

“Jelas sekali, ia bagi mencapai perubahan rejim, untuk meletakkan calon-calon beliau sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir menambah bahawa Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya.

“Pandangan saya adalah Soros masih seorang spekulator mata wang yang kejam dan menggunakan kejahatan ini dengan wang untuk meletak calon pilihannya memerintah negara yang disasarkan olehnya.

“Dan Malaysia adalah salah satu sasarannya,” kata Dr Mahathir kepada New Sunday Times.

Kebelakangan ini, NGO Malaysia yang dilihat kritikal kepada kerajaan telah diserang menerusi laporan media yang mengatakan mendapat pembiayaan dana asing dari Soros, termasuk Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Sementara itu, NGO lain yang menerima dana daripada spekulator mata wang tersebut ialah Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang ketika ini masih tidak terjejas akibat tuduhan tersebut.

Bulan lepas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa penerimaan dana asing bukan satu perkara yang menjadi isu ~ The Malaysian Insider

Apa yang Mahathir tipu?.. dia kata Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya tapi cuba korang baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails