Thursday, October 11, 2012

Betul ke RM40J wang seludup itu untuk Umno Sabah, bukan Musa?.. ini jawapan sebenarnya...


Pagi tadi Malaysiakini melaporkan Nazri Aziz berkata, kertas siasatan SPRM menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada UMNO Negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Jawapan bertulis Nazri kepada Tian Chua itu sebenarnya menimbulkan beberapa persoalan lain..

Baca dulu apa Malaysiakini laporkan..
Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," katanya.

Jawapan yang dikemukakan Nazri itu juga menyatakan bahawa badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.

Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, katanya.

Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur ~ Malaysiakini

Persoalannya ialah jika wang ini adalah sumbangan yang sah untuk tujuan politik mengapa tidak ianya dipindahkan dari akaun penyumbang dana tersebut terus kepada akaun UMNO Sabah?

Mengapa RM40 Juta itu perlu disumbatkan kedalam bag wang untuk diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong?

Dan persoalan utama ialah siapa yang begitu bermurah hati untuk mendermakan sehingga RM40 Juta kepada sebuah pertubuhan politik?

Apakah tujuannya RM40 Juta itu di sumbangkan kepada UMNO Sabah?..err.. betul ke untuk UMNO Sabah?

Kalau korang nak tahu semua jawapan kepada persoalan di atas bacalah di sini ( Sarawak Report )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails