Tuesday, October 9, 2012

APA?? Noh Omar anugerah tender RM164.8Juta kepada kroninya yang tak punya kelayakkan?


Ini baru betul kepimpinan melalui tauladan... Najib anugerahkan projek MRT kepada kroninya yang disahkan tidak layak oleh Kementerian Kewangan..

Jadi berdasarkan apa yang ditunjukkan Najib, Noh Omar pula menganugerahkan tender membekalkan benih padi bernilai RM164.8 Juta pada kroninya yang juga tidak ada kelayakkan..

Malaysiakini melaporkan..

Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah ~ Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails