Sunday, October 28, 2012

Alamak!! Pencacai UMNO nak lontar cat warna apa pulak kat Treler DAP ni?


Ini adalah jentera perang Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan kod nama "Dream Machine" yang telah dilancarkan secara rasminya oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng di Seremban tengahari tadi (28 Oktober 2012).

Hampir sama dengan Treler yang digunakan oleh PKR dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat, yang membezakannya ialah seluruh treler ini adalah pentas bergerak.

Dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan juga sistem bunyi malah ianya juga dilengkapi dengan bumbung bagi melindungi penceramah dari hujan.

Treler DAP
Treler PKR
Akan digunakan sebagai pentas ceramah bergerak oleh pimpinan Utama DAP dan juga pimpinan lain dari Pakatan Rakyat dalam siri jelajah mereka.

Ianya akan digunakan pertama kali dalam program Himpunan Bangkit Rakyat di Seremban pada 3 November 2012.




Selain dari digunakan oleh pemimpin dari DAP dan Pakatan Rakyat, Treler ini dipercayai bakal menjadi sumber pendapatan kepada pencacai UMNO dengan mengambil upah membaling cat..

Pencacai UMNO tentu suka... tapi kena cari cat warna lainlah pulak..sebab kecuali kepalanya hampir keseluruhan treler ini berwarna merah.

Kalau baling dengan cat berwarna merah susah nak dibuktikan yang mereka sudah lontar treler DAP itu dengan cat merah.. nanti tak boleh nak claim pulak..

Tengok treler ni transform jadi pentas ceramah..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails