Monday, October 22, 2012

Aku Sokong PERKASA!!


Jika PERKASA menunjukkan sikap begini dari mula awal penubuhannya, aku yakin ramai yang akan menyokong perjuangan mereka..

Bagaimanapun dalam hal ini aku sokong apa yang dinyatakan oleh  ketua Wira Perkasa ini.. hal yang melibatkan Agama Islam.. dalam hal lain terutama yang melibatkan bangsa.. sorrylah ya..

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini memberi amaran kepada MCA kerana menghina umat Islam dengan membangkitkan isu hudud.

“Isu hudud biar orang Islam tentukan. Jika mahu undi bukan ini caranya sehingga menghina dan mempertikaikan agama orang lain. Apakah ini sifat–sifat seorang presiden parti politik?

“Jangan sampai kami gunakan kuasa (mengundi) yang ada pada kami bila tiba pilihan raya,” kata ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi dalam satu kenyataan media.

Tiga hari yang lalu presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berkata pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.

Hukuman hudud merupakan salah satu hasrat yang ingin dilaksanakan oleh PAS sekiranya memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.

“Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, PAS menjadi parti dominan,” kata beliau.

“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat,” kata Dr Chua.

Irwan turut mengingatkan Dr Chua agar berusaha mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina yang telah hilang semasa pilihan raya umum ke 12 pada 2008.

“Sepatutnya MCA bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan kaum mereka, bukan dengan menghina orang lain. Kaum mereka menolak mereka secara terang pada tahun 2008,” kata Irwan ~ Free Malaysia Today

Aku juga sokong PERKASA bila Setiausaha agungnya mengeluarkan kenyataan ini..

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan.

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. 

Tapi bila bila terbaca pula kenyataan Ibrahim Ali ni... terus tak jadi nak sokong PERKASA..

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.

"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. - Bernama 

PERKASA ni satu kapal ada berapa nakhoda agaknya??.. tapi antara tiga kenyataan diatas, kenyataan yang terakhir memperlihatkan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh PERKASA..

Atau apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dalam PERKASA ini.. Agama dan Bangsa ataupun KUASA??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails