Thursday, October 4, 2012

Akhirnya.. ada juga yang termakan hasutan NGO mesra UMNO itu...


Hujung September dua laporan polis telah dibuat oleh pegawai undang-undang PKNS, Silawati Bt Mat Jusoh dan pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid berikutan dengan pengedaran surat yang menghasut penduduk.

Surat dari NGO Jaringan Melayu Malaysia diedarkan kepada penduduk bagi meminta Kerajaan negeri Selangor membeli hutang rumah penduduk dari Pihak Bank yang memberi pinjaman kepada penduduk.

Kononnya ini adalah selaras dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada November 2009 dimana Kerajaan Negeri Selangor melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation (SIC) membeli hutang Talam Corporation, Unisel dan PNB.

Bagaimanapun Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum. “Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut,” - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Akhirnya satu demonstrasi secara aman berjaya juga diadakan pada 1 Oktober lalu untuk memberikan tekanan kepada pihak PKNS setelah ada penduduk yang termakan hasutan dari JMM itu..







Mengaku miskin.. tapi pakaian tak macam orang miskinpun....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails