Saturday, October 20, 2012

Rakyat akan hilang kerja jika hudud dilaksa telah diucapkan Chua Soi Lek pada tahun 2011.. ini videonya..


Jika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa berdasarkan satu sms yang diterimanya seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia itu adalah pembohongan semata-mata.

Ini kerana perkara sebegini  telah dibentangkan oleh beliau sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud &Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011.

Forum dianjurkan oleh Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP) menampilkan President Malaysian Bar Council, Lim Chee Wee sebagai Moderator.

Ahli Panelnya pula ialah Professor Dr Chandra Muzaffar President, International Movement for a Just World (JUST), Mr. Edmund Bon Lawyer, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR).

Turut serta sebagai ahli panel ialah Ustaz Hj Mohd Kamal Saidin Penasihat Ugama Menteri Besar Terengganu dan juga Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda UMNO (ILMU.

Apa yang Soi Lek bentangkan di sini adalah hampir sama dengan apa yang didakwanya baru-baru ini.

  

Video ini mempunyai durasi 2:39:12

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails