Monday, September 3, 2012

Zahid Hamidi kata Pimpinan PKR perlu didik Pemuda agar lebih beradab.


KUANTAN, 3 Sept — Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mendidik sayap Pemudanya agar lebih beradab terhadap pemimpin negara.

Sambil menyifatkan tindakan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipercayai didalangi oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai biadap, Zahid berkata perbuatan itu tidak sesuai dilakukan terhadap pimpinan tertinggi negara meskipun mereka mempunyai ideologi politik yang berbeza.


“Biarpun berbeza agama dan organisasi politik kita tak boleh hina, termasuk pijak walaupun gambar (Najib) sebab ia merupakan simbol kepada pemimpin kita,” kata Zahid ketika diminta mengulas insiden berkenaan pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka Khamis lepas.


“Saya rasa kepimpinan tertinggi PKR  perlu menasihatkan AMK supaya lebih beradab dalam berpolitik, sebab di negara ini kita tidak mengamalkan budaya sedemikian.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan bersama kira-kira 60 pengamal media ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata rakyat terutama golongan muda patut menilai setiap tindakan yang dilakukan pihak pembangkang sebelum memilih mereka sebagai pemerintah.

Pembangkang, katanya, selain mengajar rakyat menghina pemimpin, mereka juga sering dilihat tidak bersatu dalam banyak tindakan yang mereka lakukan.


Ini dapat dilihat apabila PASsendiri tidak menyokong insiden malam ambang Kemerdekaan itu yang disifatkan tidak menepati budaya dan tatasusila rakyat negara ini yang sopan santun dan menghormati pemimpin.

“Kita tahu kejadian berkenaan turut tidak dilakukan PAS, malah DAP juga mungkin memberikan reaksi yang berbeza... banyak perkara yang tidak disepakati bersama sebab kita tahu pakatan mereka ini ibarat perkahwinan muta'ah, iaitu pakatan yang sementara.

“Justeru golongan muda perlu sedar akan hal ini dan lihat siapa yang lebih beradab dalam menguruskan politik negara ini,” katanya.

Zahid dan para pengamal media pada lawatan selama enam jam itu turut dipertontonkan dengan aksi terjunan pasukan khas udara (PASKAU) dari ketinggian 10,000 kaki dan simulasi operasi menyelamat pesawat yang dirampas oleh pengganas. — Bernama


Kesimpulan dari berita di atas ialah Pemimpin UMNO ini iaitu Zahaid Hamidi cakap tak serupa bikin..

Dalam perenggan yang lapan Zahid cuba untuk mengasingkan PKR dari PAS dan DAP agar mudah untuk meneruskan serangan..

Malangnya.. Kami tidak sebodoh pencacai UMNO..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails