Thursday, September 27, 2012

Taktik NGO mesra UMNO menghasut rakyat Selangor terdedah!!

Suatu masa dulu ketika aku berada di Negara Matahari Terbit, ada yang berkata kerana malas ianya menjadikan penduduk Jepun kreatif.

Ini kerana disebabkan malas itulah mereka telah berfikir untuk mereka cipta berbagai peralatan untuk melakukan kerja-kerja harian mereka baik di rumah mahupun di pejabat atau Kilang.

Tetapi di Selangor pula lain ceritanya.. kerana terdesak mahu merampas pentadbiran negeri tersebut dari Pakatan Rakyat, pencacai UMNO semakin kreatif..

Kreatif sehingga melanggar undang-undang yang ada..

Ini adalah satu lagi strategi haram jadah yang digunakan untuk menghasut rakyat Selangor supaya membenci Kerajaan Negeri yang sedia ada..

Apa yang dilakukan oleh pihak yang dipercayai menyokong UMNO/BN ialah dengan berselindung di sebalik nama NGO Jaringan Melayu Malaysia, mereka mengedar surat meminta Kerajaan negeri Selangor membeli hutang rumah penduduk dari Pihak Bank yang memberi pinjaman kepada penduduk.

Kononnya ini adalah selaras dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri  pada November 2009 dimana Kerajaan Negeri Selangor melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation (SIC) membeli hutang Talam Corporation, Unisel dan PNB. 


Dalam surat JMM yang dihantar kepada penduduk di Taman Dagang itu juga, terdapat satu borang yang meminta setiap pemilik flat mengisi nama mereka, no rumah pembeli dan no akaun serta menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan terhadap tuntutan yang dicadang.


Bayangkan jika ada penduduk yang termakan hasutan NGO tersebut dan percaya apa yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia itu… Mereka pasti akan mengisi borang di atas..

Apabila sudah mengisi borang di atas, permohonan mereka pasti akan diketepikan oleh Kerajaan Negeri Selangor..

Maka dengan itu sudah pasti dengan mudah NGO pro UMNO/BN itu boleh dengan mudah mempengaruhi mereka supaya menentang Kerajaan Negeri yang ada kerana lebih mengutamakan Talam Corporation, Unisel dan PNB dari mereka rakyat Selangor sendiri.

Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum. “Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.


Berikutan itu dua laporan polis telah dibuat oleh pegawai undang-undang PKNS, Silawati Bt Mat Jusoh dan pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.

Dalam laporan polis tersebut, PKNS menegaskan tindakan JMM adalah berniat mencetuskan rasa takut , rungsing dan di dalam minda orang ramai terhadap PKNS serta mengaibkan dan menjatuhkan reputasi.

Silawati dalam kenyataannya turut berkata tuduhan JMM dan tindakan menghasut tersebut adalah menyalahi undang-undang dan boleh didakwa dibawah Fitnah Jenayah dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Dari kiri, Pengurus perhubungan awam PKNS Ishak Hashim, peguam Sankara Nair, pembantu, pegawai undang-undang PKNS Silawati Bt Mat Jusoh, pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.


Hmmm.. macam ni punya cara pun pencacai UMNO/BN boleh fikirkan... terdesak sungguh nampaknya mereka untuk merampas Selangor...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails