Saturday, September 29, 2012

Surat cinta Anwar kepada Wan Azizah dilelong RM50,000


Dalam lelongan yang dibuat bagi mengumpul danan pilihanraya semalam di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati, sekeping surat telah dilelong pada harga RM50,000.


Surat tersebut ialah surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah.

Jika sekeping suratpun ada yang sanggup membayarnya pada harga RM50,000..

Jadi tidak hairanlah jika ada pihak yang sanggup untuk menaja RM96,000 bagi menyewa jet seperti yang dilaporkan oleh Utusan bagi menjimatkan masa perjalanan Anwar dan rakan-rakannya...

*****************************************

SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.

Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.

“Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara,” kata Presiden KEADILAN itu.

Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: “Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan.”

“Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.

Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.

Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.

“Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,” katanya.


Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000

Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.

Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.


Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.

Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.


Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.

Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.

Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.


Gambar santai TG Haji Hadi yang memakai terendak nelayan telah dibeli oleh seorang pemuda India, Sri Jalaraman yang juga Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor pada harga RM17,000.

Barangan peribadi milik bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.

Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.

Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508.


http://www.keadilandaily.com/?p=37058

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails