Wednesday, September 12, 2012

Portal Jab. Pelajaran Johor guna logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia.


Satu demi satu agensi kerajaan UMNO BN "bergaya" dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".


Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show). Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri,

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan.

Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya. Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya.

Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu?

Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas - Greenboc

Dan pagi ini... logo dah dikeluarkan...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails