Tuesday, September 11, 2012

Polis sedang mencari lelaki yang kencing pada gambar TG Hj Hadi dan TG Nik Aziz pula..


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman, pihak Polis sedang mencari beberapa lelaki yang seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin Pembangkang.

Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang tambahnya lagi..

Jadi kepada sesiapa yang punya maklumat tentang lelaki-lelaki yang berada di dalam gambar di atas sila hubungi Balai Polis Kerteh, Nombornya aku tak tahu pasal polis ni tak bagi tahu..

Samada lelaki itu dicari untuk ditangkap atau tidak aku kurang pasti..

Aku tak pasti pasal samseng UMNO di Melaka tu walaupun telah dikenal pasti dan kawad cam telah diadakan.. masih tiada tangkapan hingga kini.

Mungkin Polis tak berani nak tangkap pencacai UMNO dari Belia 4B itu..

***************************************

 KUALA TERENGGANU, 11 Sept — Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

“Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. — Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails