Monday, September 3, 2012

PERKASA baling kasut ke dalam Masjid sebab Anwar tiada tauliah kata mereka..


Ini adalah alasan bodoh yang telah diberikan oleh orang yang bodoh bagi menghalalkan kerja bodoh dan biadap yang telah mereka lakukan terhadap seorang yang berugama Islam yang sedang berada didalam Masjid.

Menurut PERKASA...

Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.
"Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.
"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat," Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam laman web rasmi NGO itu - Malaysiakini

Persoalannya disini siapakah PERKASA untuk membaling kasut ke dalam Masjid dan mengganggu jemaah yang berada di dalam Masjid?

Jika dipersoalkan Anwar Ibrahim tiada tauliah untuk menyampaikan tazkirah, pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim ialah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bukannya PERKASA.

Anwar dihalang kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah.. siapakah pula yang memberikan tauliah kepada PERKASA Kota Setar untuk menjalankan penguatkuasaan?

Setahu aku penguatkuasaan tanpa tauliah kerajaan ni hanya kongsi gelap yang buat...

Orang Kota Setar tolong buat report Polis ya.. Laporkan PERKASA menjalankan penguatkuasaan tanpa tauliah...

Video PERKASA menyerang Masjid sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails