Monday, September 3, 2012

PERKASA baling kasut ke dalam Masjid (Video Inside)


Jika dikatakan tindakan PERKASA yang menyerang Anwar di dalam Masjid ini tidak ubah seperti tindakan Zionist terhadap bangsa Palestine, ini satu kenyataan yang kurang tepat sebenarnya.

Kerana jika kita perhati kan banyak video yang berada di You Tube, kebanyakkan serangan yang dilakukan oleh pihak Zionist terhadap rakyat Palestine mereka tidak akan menyerang hingga ke dalam Masjid meskipun mereka memusuhi Islam.

Lebih tepat lagi rasanya jika biadab ini dikatakan lebih dari Zionist sendiri..

Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut

ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain.

Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan.

Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu berkata, beliau turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam - Keadilan Daily 


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails