Sunday, September 2, 2012
Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan kemerdekaan..
Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.
Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.
Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..
Baca penjelasan mereka ini..
Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.
Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.
Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.
Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.
Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.
Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.
PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.
Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.
Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.
Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
Penjelasan oleh Singa Selatan
Jadi jelas ada kebenarannya dari apa yang Winston Churchill kata “sejarah ditulis oleh pihak yang menang” ..
Pencacai UMNO tak akan boleh terima hakikat ini... sebab itu mereka takut dengan kibaran 'Sang Saka' kerana sejarah disebaliknya tidak memihak kepada mereka..
Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan kemerdekaan..
2012-09-02T00:19:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
UMNO|
Archive
-
▼
2012
(1782)
-
▼
September
(117)
- Gambar Skandal VVIP Pulau Pinang didedahkan Blogge...
- Kerana Rapid Pengerang, UMNO/BN musnahkan 10 Kampu...
- Lebih 3,000 bantah Rapid di Pengerang
- Pemuda GERAKAN dah merajuk, 'pulau' AGM parti esok...
- Ada tak Najib sebut perkara yang dijanjikan oleh M...
- Surat cinta Anwar kepada Wan Azizah dilelong RM50,...
- Najib beri ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak ...
- LIVE!! Fathul Bari, Ulama Muda UMNO membicarakan t...
- EKSKLUSIF! Berita dari Sarawak yang tak akan disia...
- Berita yang tak disiarkan oleh TV3 dan RTM
- Gambar Penjaga Gol Kebangsaan sokong 'ROYALTI' ter...
- Taktik NGO mesra UMNO menghasut rakyat Selangor te...
- Dakwaan sewa jet RM96,000 adalah tidak benar kata ...
- Jawapan Kementerian Pelajaran mengenai'Soalan BERS...
- Video Bukti BN beli pengundi di Sabah didedahkan!!...
- Video gadis-gadis genit dalam 'Jet Peribadi Anwar'...
- Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu.....
- APA?? Papagomo dah nak Mampus??
- Video Pencacai Tegar UMNO sedang 'Goyang Gerudi' p...
- Kalau macam ni .. lambat lagilah Najib nak bubar P...
- Utusan dakwa Jet milik Ahli Perniagaan Malaysia.. ...
- Anwar naik jet kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik...
- Pihak Penjara kata Jangkitan Kuman tapi kenapa jen...
- Bukan Mohd Ali Baharom pelakon 'Masaalah Air Selan...
- Video Wanita UMNO terkinja-kinja macam kera terseb...
- KANTOI!! UMNO bayar produksi untuk keluar filem si...
- Ingat Allah, ingat Nong Chik?.. kalau terdesakpun ...
- Komplot jatuhkan Mansor dari PKR didedah..
- Hanya Melayu yang benar-benar bodoh akan percaya Y...
- Sekali lagi Mahathir pertikai Hukum Hudud..
- Permohonan maaf Ngeh mencukupi kata Dr Asri, tapi ...
- Perenang Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malays...
- Datuk Seri NGO mesra UMNO dituduh membunuh
- Bantah "Innocence of Islam".. Bodoh macam pencacai...
- Banyak ni saja Pemuda UMNO demo bantah "Innocence ...
- Video Pemuda UMNO perjuangkan Islam sambil mencaru...
- Rosmah Mansor pakai jam tangan bernilai RM350,000?...
- Laporan asset keluarga Taib Mahmud bernilai RM20Bi...
- 'Skandal seks dalam Pakatan' kerana fitnah ini Mas...
- PANAS!! Harussani kata haram undi dan sokong UMNO?...
- Kuota Haji disekat kerana BERSIH? Jamil Khir akhir...
- APA?? Noh Omar memiliki kekayaan luar biasa? betul...
- Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampu...
- Berita gembira buat Ahli-ahli UMNO!!
- Najib ditipu 'Ulama Muda'?
- Ibrahim Ali dah jadi penyiasat pula..
- Bila masa Anwar lantik diri sendiri jadi Ketua Wan...
- Kementerian mana dah tipu mamat ni? kesian kat dia...
- PANAS!! Pencacai UMNO samakan TG Nik Aziz dengan B...
- NST pula kantoi edit gambar Najib untuk tunjukkan ...
- Bangunan DAP disimbah cat.. Gerakan pula dakwa ban...
- Netbook 1Malaysia : Belum diguna lagi sudah rosak....
- Seleweng RM200K dana Pertubuhan Kebajikan ,Chua So...
- Rakaman penuh kenyataan Hishamuddin kepada Malaysi...
- Bekas Bendahari UMNO Sabah keluar UMNO sertai PKR....
- Najib buat lawak ke ni?
- Filem kematian Beng Hock mula ditayangkan..
- Risalah mengandungi fitnah terhadap DAP diedar di ...
- Lebih 8,000 hadir ke Makan Malam PKR Johor.. (Gamb...
- Rakaman CCTV Ibu Pejabat DAP dilontar cat tersebar...
- Bas Merdeka Rakyat disimbah cat lagi.. ketika romb...
- Ibu Pejabat DAP diserang lagi buat kali ketiga..
- Anwar tarik balik saman.. Apa kata Saiful?
- Sekinchan Ikan Bakar minta maaf nie.. nak maafkan ...
- RM200,000 dari geran bantuan Pertubuhan Kebajikan ...
- Blogger UMNO buat aku janji tak akan fitnah pemimp...
- Ibrahim Ali kata Pakatan Rakyat angan-angan Mat Je...
- Kaldai pun terajang sampai mampus org yg meliwatny...
- Serah diri sebelum kami 'buru' amaran Polis buat B...
- “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pist...
- Identiti Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat ...
- Pencacai UMNO dakwa trauma diacu pistol oleh Body ...
- Portal Jab. Pelajaran Johor guna logo Merdeka Paka...
- Apa?? Keluarga Sharizat terlibat pemindahan wang h...
- Polis sedang mencari lelaki yang kencing pada gamb...
- Perang dingin antara UMNO dan MCA Pandan telah ber...
- PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bay...
- PANAS!! Video Anwar Ibrahim didedahkan!!
- Adakah Najib akan pecat Adun Gerakan yang berucap ...
- Tiga Kedai Keluarga Sharizat di Singapura ditutup....
- Video Najib dan Menteri-menteri berjoget tersebar!...
- Video Pencacai UMNO Melaka baling cat kearah bas j...
- Kalau UMNO cemburu buat bas sendiri..
- Tiada Provokasi, Pengawal Anwar acu senjata api?.....
- Rafizi Ramli di Taman Pauh Jaya malam ini..
- Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!!.. oleh ...
- Tweet #Merdeka55.. Tweet syok sendiri rupanya..
- PANAS!! Video Ahli Parti Syaitan sedang beribadat ...
- Lori BN disimbah cat?.. simbah cat pun nak tiru ke...
- Safee Sali sokong Keadilan?.. betul ke?
- PKR Lancar Treler Jelajah 'Merdeka Rakyat'
- Baru 49 tahun sajee.. Bersabarlah kata Mahathir ke...
- Kenapa Mahathir gelabah sangat ni?
- Mad Bashah kata Anwar jejas keharmonian Masjid buk...
- Pesanan dari Dr. Asri kepada Ulamak Muda UMNO..
- Anwar sendiri simbah cat kearah bas Merdeka Rakyat...
- Video keganasan Pemuda BN dihadapan Ibupejabat PKR...
- Hassan Ali dibelasah Dr. Asri dalam TV Al-Hijrah (...
- Samseng UMNO serang Ibupejabat Keadilan.. Gambar s...
- Kami minta maaf... Talian terputus' BERNAMA TV Ka...
- Mahathir kata orang UMNO 'Tak Waras'..
- Undilah Barisan Nasional sebab gambar Najib dan Ro...
- Ini bukan kerja kami kata UMNO Johor
- Hanya Saiful dalam Dunia ini tak mandi 2 hari untu...
- Khalid Samad kata Individu yang pijak gambar Rosma...
- Zahid Hamidi kata Pimpinan PKR perlu didik Pemuda ...
- Anwar menyanyi.. Najib pun menyanyi jugak..
- Tunjuk punggung pada gambar Rosmah biadab.. tapi k...
- PERKASA baling kasut ke dalam Masjid sebab Anwar t...
- PERKASA baling kasut ke dalam Masjid (Video Inside...
- PANAS!! Kempen 'Kami Mahu Muhyiddin sebagai PM seb...
- Najib tiru agenda Pakatan Rakyat lagi.. kali ini B...
- Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Sa...
- Tweet #Merdeka55.. 3.6 Juta Tweet? Rais Yatim KAN...
- Nak dapat 3.6Juta Tweet pun kena bayar upah rupany...
- Video : Keadaan bas yang jadi mangsa puak Jahilliy...
- Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang pengganas UMNO...
-
▼
September
(117)



