Tuesday, September 18, 2012

PANAS!! Pencacai UMNO samakan TG Nik Aziz dengan Babi?

Meskipun namanya menunjukkan beliau adalah seorang yang berugama Islam dan berbangsa Melayu, aku kurang pasti adakah pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Idham bin Zulkifli ini adalah seorang Melayu yang berugama Islam.

Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, kita tidak pernah diajar untuk menjadi sebegini kurang ajar meskipun berbeza fahaman politik.

Dan sebagai seorang Islam pula kita tidak mungkin tergamak untuk meletakkan seorang Ulama atau seorang yang jauh lebih tinggi ilmu ugamanya dari kita sama tarafnya dengan seekor binatang yang dihina didalam ugama Islam.


TG Nik Aziz disamakan dengan Babi.. itulah yang telah dilakukan oleh manusia ini..


Selain dari menghina seorang ulamak, manusia yang bernama Idham bin Zulkifli ini telah menghina sunnah Rasulullah S.A.W...

Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan.

Ia adalah perkara asas di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama.

Hadith: Dari Anas: “Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: “Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan.

Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: “Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan” (HR. Muslim)

Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan ~ Greenboc

Setelah menyedari apa yang disiarkannya itu bakal menyusahkan dirinya sendiri.. gambar tersebut telah di padah dari wall facebook miliknya disini ( Idham bin Zulkifli )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails