Thursday, September 20, 2012

PANAS!! Harussani kata haram undi dan sokong UMNO?


Sifat hipokrit para pemimpin UMNO amat jelas kelihatan dalam isu yang membabitkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W melalui video 'Innocence Of Muslims'.

Mereka bercakap seolah-olah rakyat Malaysia ini masih hidup di era media cetak menguasai penyebaran maklumat, hakikatnya kini maklumat sudah berada dihujung jari..

Baca sebahagian petikan dari Agendadaily ini...

Mufti Negeri Perak secara terbuka mengingatkan umat lslam yang ingin mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhati-hati.

Dalam konteks terdapat mereka yang menghina agama dan Rasullullah, beliau menegaskan bahawa umat lslam tidak boleh membiarkan Nabi Muhammad SAW ataupun agama Islam dihina.

Bahkan kata Tan Sri Harussani Haji Zakaria haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu.

Beliau ditanya oleh media mengenai tweet Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham yang telah mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini ~ Agendadaily

Jika Harussani berkata adalah haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Maka adalah haram juga bagi kita ummat Islam di negara ini mengundi atau menyokong UMNO, kerana mantan Presidennya iaitu Tun Mahathir adalah manusia yang amat lantang menghina Rasulullah S.A.W. suatu ketika dulu..

Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir berkata “ Siapa tau janggut Nabi macam mana?.siapa biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul ka janggut dia (Nabi)?Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa?dia bukan ada Gillette, zaman Nabi ada Gilletteka.?Cakap (menyuruh hadirin cakap) ..Pisau cukur pun tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia (Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta,bukan nak dapat air yang banyak?padang pasir... Macam-macam lagi tafsiran diberi untuk menidakkan amalan Rasulullah SAW.

Lagi apa kata Mahathir yang boleh dianggap menghina Islam dan hukumnya sila baca di ( SINI )

Ini pula kata Presiden UMNO yang ada sekarang tentang hukum Allah yang disampaikan oleh Rasulullah…



Ini seorang lagi pemimpin UMNO .. dengar apa dia kata..



Apa agaknya komen Ulama Muda UMNO dan Harussani sendiri tentang perkara ini?

Buat yang masih tegar menyokong UMNO tu.. ada otak gunakanlah untuk berfikir.... itupun kalau ada otaklah..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails