Monday, September 17, 2012

NST pula kantoi edit gambar Najib untuk tunjukkan Ahli UMNO Pekan ramai..

Sekeping gambar yang disiarkan oleh Bernama hujung bulan lalu telah dipertikaikan keasliannya oleh banyak pihak kerana ianya dikatakan telah di 'edit' bagi menunjukkan bahawa puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu.

Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian The Star pada 21 Ogos lalu sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan".

Ramakrishnan mendakwa bahawa kediaman Sri Perdana di Putrajaya tidak akan mampu untuk menampung kebanjiran puluhan ribu orang ramai.

Beliau mendakwa bahawa gambar yang berbeza telah "dijajar dan ditindan" dari gambar asal untuk mewujudkan tanggapan bahawa orang ramai telah berkumpul di sana.

Mengukuhkan testimoni beliau, seorang belia tanpa nama yang hadir di sana, beliau berkata bahawa saksi tersebut tidak melihat puluhan ribu orang seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan.. kalau dah lupa sila baca di laporannya di ( SINI )

Dengan menganggap semua rakyat Malaysia adalah bodoh dan mudah untuk diperbodohkan, semalam sebuah lagi harian berbahasa Inggeris mengulangi perkara yang sama iaitu meng 'edit' gambar.

Bagi menunjukkan ramai ahli UMNO yang menyambut Najib, yang juga Ketua UMNO bahagian Pekan, untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian itu di Pekan, New Straits Times juga didapati telah edit gambar yang disiarkannya.. lihat di bawah..


Perhatikan betul-betul apa yang telah di "dijajar dan ditindan" pada gambar di bawah ini..


Nampak tak?..

Nasib baiklah aku bukan ahli UMNO.. kalau tidak mudah saja aku diperbodohkan oleh The News Straits Times pula...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails