Saturday, September 1, 2012

Nak dapat 3.6Juta Tweet pun kena bayar upah rupanya.. tengok pengumuman JASA ni..


Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"

 Kata Rais Yatim tu... dah pandai mengira dia sekarang  ni ya...

Tapi siapa atau pihak mana yang telah membuat pengesahan tentang jumlah yang disebut oleh Rais Yatim itu, biasanya sebelum ianya dicatatkan sebagai rekod perkara sebegini perlukan pengesahan dari pihak ketiga.

Rais Yatim kata.. "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"

Tapi Rais Yatim tak bagitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa  untuk mendapatkan sejumlah 10,128 orang itu makan minum, 'T' Shirt dan juga elaun sehingga RM100 terpaksa disediakan..

RM100 itu bergantung kepada tugasan yang diberikan... bukan aku kata.. tapi ini adalah pengumuman yang dibuat oleh JASA..


Kalau korang cari FB mamat kat atas  tu.. dah tak ada dah kenyataan tu.. tapi pengumuman itu telah disebar oleh beberapa orang Blogger UMNO..


Kesian kat Najib... diperbodohkan oleh Rais Yatim rupanya dia...

Kalau dah dibayar tu..  10,128 orangtu tweet kerana Najib atau kerana Duit?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails