Thursday, September 6, 2012

Mad Bashah kata Anwar jejas keharmonian Masjid bukannya PERKASA?


Antara kata-kata Ahmad Bashah ialah "Penduduk menyuarakan bantahan mereka kerana mahu mempertahankan kerukunan masyarakat serta tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ceramah politik,"

Ini menyebabkan aku tertanya-tanya siapakah yang memenuhi Masjid pada hari PERKASA menyerang Masjid itu jika yang membantah adalah penduduk setempat, sedangkan ketika Anwar menyampaikan tazkirah Masjid dipenuhi oleh jemaah?

Cuba korang tengok video ni.. agak-agak korang yang mana satu penduduk setempat?.. yang menyalak diluar Masjid atau yang mendengar tazkirah di dalam Masjid?


Laporan berkaitan..
ALOR SETAR - Tindakan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan masjid sebagai medan politik telah menganggu keharmonian institusi masjid, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata masjid tidak harus dicemari dengan aktiviti berpolitik dan perkara itu perlu dihormati oleh semua pihak.

"Di Kedah, jemaah telah ada kesepakatan tidak rasmi bahawa masjid tidak harus dicemari dengan aktiviti berpolitik dan kesepakatan itu dihormati oleh semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecohan di Masjid Al-Hussin, Kampung Seberang Pumpong di sini Sabtu lepas ekoran bantahan khariah masjid berkenaan yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menyampaikan tazkirah di situ.

"Saya difahamkan imam masjid telah berjanji dengan penduduk kampung bahawa Anwar hanya datang untuk sembahyang sahaja tanpa tazkirah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Penduduk menyuarakan bantahan mereka kerana mahu mempertahankan kerukunan masyarakat serta tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ceramah politik," katanya.

Beliau berkata kejadian di Masjid Al-Hussin itu harus menjadi pengajaran bahawa masjid tidak boleh dijadikan pentas politik mana-mana pihak. - Bernama

Itu kata Ahmad Bashah.. kenyataan yang jelas cuba memburukkan Anwar..

Baca keratan berita ini pula...


Mad Bashah ni tak baca surat khabar ke?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails