Monday, September 24, 2012

KANTOI!! UMNO bayar produksi untuk keluar filem situasi catuan air di Selangor..


Najib pernah berkata 'by hook or by crook' UMNO/BN akan merampas Selangor pada PRU13 nanti dan ini adalah antara perancangan yang berjalan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perlu diketahui bahawa Negeri Selangor adalah negeri yang paling kaya dalam Malaysia dimana simpanan tunai yang dimiliki Selangor adalah sekitar RM2 Billion sehingga kini.

Bagi merealisasikan hajat Najib itu berbagai cara digunakan dari mendaftar seramai mungkin PATI yang diberikan IC sebagai pengundi hinggalah menerbitkan filem untuk memburuk-burukkan Kerajaan negeri yang ada sekarang ini..

Tiada halal, tiada haram.. tak peduli dosa atau pahala segalanya diredah asalkan RM2 Billion boleh dijarah oleh pemimpin-pemimpin UMNO..

**********************************************


PETALING JAYA 24 SEPT: Sebuah produksi hari ini dikesan menjalankan penggambaran yang menggambarkan situasi krisis air bagi memburukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Penggambaran yang dijalankan di sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ.

Menurut beberapa pelakon, mereka dibayar RM50 setiap orang.


Malah beberapa di antara mereka termasuk beberapa krew juga tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat.

Selain itu menurut bekas Pengerusi JMB, Dr S Paramanathan, bekalan air di rumah mereka pada masa ini berada dalam keadaan baik, tidak seperti yang cuba digambarkan.

“Air di sini okey saja. Dulu ada juga tapi disebabkan masalah pam atau kegagalan JMB bayar air kepada Syabas(Syarikat Bekalan Air Selangor),” kata beliau.

Beliau juga memberitahu penduduk di situ berasa kesal keputusan JMB memberi kebenaran penggambaran di buat di kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Jenny mendakwa beliau dimaklumkan pihak JMB dibayar sebanyak RM15 ribu oleh produksi sebagai sewa tapak lokasi pengambaran.

Tinjauan TV Selangor di lokasi penggambaran mendapati beberapa orang yang terlibat tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat.

Beberapa penduduk yang ditemui juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan JMB yang memberikan kebenaran penggambaran itu dijalankan di kawasan kediaman mereka.


Berdasaran peralatan yang digunakan oleh produksi tersebut, ia dipercayai menelan kos yang besar.

Di lokasi penggambaran mendapati sekurang-kurangnya sebuah kren, beberapa lori pengangkut peralatan termasuk generator besar, tandas bergerak turut digunakan dalam penggambaran tersebut.

~ Selangorku

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails