Wednesday, September 5, 2012

Hassan Ali dibelasah Dr. Asri dalam TV Al-Hijrah (Video Inside)


Semalam, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali. Dalam bual bicara Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali.

Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.

Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa.


Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif bangsa Melayu itu sendiri.

Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. 


Apapun pertembungan Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas.. -addin77

 

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails