Sunday, September 23, 2012

Hanya Melayu yang benar-benar bodoh akan percaya Yahudi akan lantik PM Boneka kata Zaid Ibrahim


Sekali lagi Mahathir cuba menakutkan orang Melayu dengan membawa cerita kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri .

Sedangkan beliau sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.

“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.

“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang..

Itu adalah kata-kata kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Berikut adalah apa yang Mahathir katakan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

malaysiakini tv report mahathir and george soros 151206"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini ~ Malaysiakini

Jika Saifuddin Nasution mendakwa Mahathir cuba menakut-nakutkan orang Melayu, mari kita lihat apa pula komen Zaid Ibrahim..

Komennya ringkas dan padat..

Dipetik dari laman Twitter milik Zaid Ibrahim @zaidibrahim.. beliau menulis "Malays must be really stupid to believe the Jewish conspiracy to install puppet PM"..

Atau dalam Bahasa Malaysia "Melayu mesti benar-benar bodoh untuk percaya akan Konspirasi Yahudi untuk melantik seorang Perdana Menteri boneka"..

Ini printscreen laman Twitter Zaid Ibrahim..


Kesimpulan dari kenyataan Zaid Ibrahim itu ialah... pencacai UMNO sememangnya benar-benar bodoh kerana mereka mempercayai apa yang Mahathir cerita itu...

Ha..ha..ha.. selama ini aku sangka pencacai UMNO itu kebanyakkannya bodoh.. rupa-rupanya bukan bodoh tapi benar-benar bodoh... ha..ha..ha..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails