Friday, September 14, 2012

Bas Merdeka Rakyat disimbah cat lagi.. ketika rombongan solat Jumaat..


Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut. Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.



Sebelum ini, bas Merdeka Rakyat disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari.

Dalam jelajah itu – ketika di Alor Setar, samseng juga mengganggu tazkirah Anwar, malah seorang daripada mereka dikatakan membawa kerambit ketika mendekati Ketua Pembangkang itu. ~Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails