Monday, September 17, 2012

Bangunan DAP disimbah cat.. Gerakan pula dakwa bangunannya disimbah AIR KOPI..

Suatu masa dulu Mahathir pernah berkata kini hanya tinggal orang-orang yang bodoh bersama UMNO kerana yang cerdik pandai menyertai PAS/Pakatan Rakyat.

Dan ada orang yang berkata, jika kita berkawan dengan orang-orang yang bijak dan pandai sedikit sebanyak kita juga akan terpengaruh menjadi bijak begitulah juga sebaliknya..

Oleh kerana telah menjadi sahabat kepada sebuah parti yang dipenuhi oleh orang-orang bodoh, GERAKAN yang sudah berpuluh tahun menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional, ahli-ahlinya kini turut dilanda sindrom ‘bodoh’ yang di bawa oleh UMNO.

Setelah tiga bangunan DAP menjadi mangsa disimbah dengan cat merah oleh puak yang tidak bertamaddun, untuk mengelakkan dari Barisan Nasional Pulau Pinang terus menjadi pihak yang dipersalahkan GERAKAN juga mendakwa turut menjadi mangsa vandalisma seperti itu.


Tetapi apa yang menimpa GERAKAN adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan vandalisma yang dilakukan terhadap bangunan milik DAP.

Dimana menurut Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini dibaling beberapa BIJI TELUR dan disimbah AIR KOPI awal pagi tadi.


Ha..ha..ha.. korang percaya ke apa kata Teng Hock Nan tu?

Nampak murah sangat la… tak ada budget ke?

Sekali baca macam tengok siaran ulangan ‘Lori Pemuda BN dilempar cat saja..’.. siri Maharaja Lawak Bodoh Pemuda BN Pulau Pinang itu boleh dilihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails