Wednesday, September 26, 2012

APA?? Papagomo dah nak Mampus??


Itu adalah ayat yang terpacul keluar dari mulut seorang sahabat yang juga merupakan seorang Blogger bila aku aku beritahunya bahawa 'Ikon Fitnah 1Malaysia' iaitu PapaGomo sedang sakit.

Memang tak patut sungguh sahabat aku seorang itu.. ada ka patut dia mintak Papagomo mampus..

Bila ditanya dari mana aku dapat berita ini.. jawab aku aku terbaca kenyataannya yang disiarkan di laman Tweeter milik Papagomo @PapaGomo.

Papa Gomo ialah seorang Blogger Upahan UMNO yang tidak asing lagi dalam dunia cyber ini, beliau amat popular dengan penyiaran video-video seks seorang lelaki yang menyerupai DS Anwar Ibrahim yang didakwanya sebagai DS Anwar Ibrahim.

Beliau juga dipercayai telah diberikan imuniti khas oleh SKMM kerana tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya berikutan penyiaran video lucah dilaman Blog miliknya.

Antara apa yang dinyatakan di laman Tweeter milik Papagomo ialah beliau memaklumkan kepada semua dalam masa sebulan dua ini beliau perlu menyelesaikan menyelesaikan beberapa urusan penting.

Selain itu faktor kesihatan juga mempengaruhinya untuk mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga semuanya selesai dan kembali berbicara isu politik bila sampai waktunya.

Tambahnya lagi “Keperihatinan rakan Twiiter selama sebulan ini amatlah dihargai sama sekali. Apa pun Allah maha besar dan sentiasa menguji umatnya dalam pelbagai bentuk pancaroba. Semoga kalian sentiasa mendoakan Papa Gomo segera sihat dan akan kembali ceria seperti sediakala. Amin”

Ini printscreen Twitter miliknya @PapaGomo


Ini pula adalah printscreen blog PapaGomo..


Selain dari kenyataan di Twitter dan Blog itu, seorang sahabat dari Selatan Tanahair pula mengirimkan pesanan yang diterimanya dari Papa Gomo melalui BBM (BlackBerry Messenger) miliknya.

BBM tersebut menyatakan ..

“Salam buat rakan BBM Papa Gomo. Untuk makluman semua Papa Gomo dalam sebulan dua ini menyelesaikan beberapa urusan penting.

Atas kesihatan yang juga tidak berapa baik,Papa Gomo mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga semuanya selesai dan kembali berbicara isu politik bila sampai waktunya.

Keperihatinan rakan BBM selama sebulan ini amatlah dihargai sama sekali. Apa pun Allah maha besar dan sentiasa menguji umatnya dalam pelbagai bentuk pancaroba.

Semoga kalian sentiasa mendoakan Papa Gomo segera sihat dan akan kembali ceria seperti sediakala. Tiada apa yang lebih baik waktu ini selain mendekatkan diri kepada yang maha Esa. Amin….” 

Oleh itu... Bersamalah kita mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sediakala bagi membolehkannya menyiarkan fitnah dan video seks lagi...

Korang tolong doa lah ya....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails